Pengumunan

Kepada anda yang gagal untuk akses blog ondscene, sila tukar kepada http://ondscene.blogspot.com/ atau http://ondscene.my
Terima kasih.

Thursday, October 15, 2009

Pita VHS-Sebelum Buang, Hantar Sini Dulu!

Caj Perkhidmatan dan Penerangan

Caj berdasarkah jumlah pita yang dihantar tanpa mengambil kira jangkamasa rakaman untuk satu pita.

1 pita VHS - RM40

Sila tambah RM10 untuk setiap penghantaran

Contoh:
Jika anda menghantar 1 pita
1 pita RM40
Tambahan RM10
Jumlah RM50

Jika menghantar 3 pita
3 pita x RM40 RM120
Tambahan RM 10
Jumlah RM130

Bayaran boleh dibuat melalui samada:

Akaun bank:
Creative Digital Media,
Eonbank Berhad
No Akaun : 0682110000837

atau

cek atas nama Creative Digital Media

atau

wang pos, postal order.

Jangan hantar wang tunai.

1-Sila fotostat slip pembayaran bank dan hantar bersekali dengan bungkusan pita. Anda boleh menggunakan apa-apa perkhidmatan kurier seperti Pos Laju.

2-Sila sertakan sekali Nama dan Alamat Penuh , no telefon atau email anda supaya mudah untuk kami menghubungi dan penghantaran kembali.

3-Anda diminta menulis ringkasan kandungan setiap pita dan tajuk yang anda kehendaki untuk kami reka semula.

Kemudian, apa yang berlaku?

1.Sebaik menerima bungkusan anda, pengesahan penerimaan akan dimaklumkan kepada anda samada melalui sms, email atau di dalam blog ini.

2. Proses penukaran format dilakukan dan anda akan menerima kembali pita dan salinan dalam bentuk DVD dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan bungkusan.

3. Anda akan menerima 2 salinan DVD di dalam 2 'casing' berlainan bersaiz 13cm x 18cm untuk setiap pita.

4. Setiap 'casing', kami akan membuat grafik atau 'kulit album' secara percuma untuk anda bersesuaian dengan kehendak atau tajuk yang anda berikan.

5. Kami tidak akan memotong atau edit sebarang rakaman yang anda hantar.

6. Untuk pita yang mempunyai fungus @ kulat, kami akan 'mencucinya' secara percuma dan sedaya upaya akan mendapatkan kembali rakaman atau sebahagian rakaman yang dapat diselamatkan di dalam pita itu untuk ditukar kepada DVD.

7.Pita yang rosak keseluruhannya dan tiada kemungkinan untuk dibaiki lagi, akan dikembalikan termasuk wang RM40 setiap pita.

8. Anda boleh juga menghantar pita yang telah terputus untuk kami baiki semula, dengan syarat, kandungan pita itu masih berada di dalam 'casingnya'. Kami akan cuba menyelamatkan mana-mana kandungan yang masih boleh dimain semula.

9.Sila maklumkan kepada kami jika anda tidak menghendaki lagi pita VHS yang telah ditukar format itu supaya kami akan hanya menghantar salinan DVD kepada anda.

10-Sebagai penghargaan anda menggunakan perkhidmatan kami, dengan izin, mana-mana sebahagian kandungan rakaman akan disiarkan di dalam blog ini.

11- Jika di dalam pita VHS anda,contohnya ada 3 kandungan rakaman berbeza, dan anda mahukan ia dijadikan sebagai 3 salinan DVD yang berbeza, tambahan RM30 setiap salinan akan dikenakan

Contoh:
Anda menghantar 1 pita mengandungi 3 lokasi rakaman berbeza seperti Pantai, Harijadi dan Majlis Pertunangan dan anda mahukan 3 salinan DVD berbeza.

Pecahan bayaran seperti berikut:

1 pita VHS RM40
Caj tambahan RM10
Caj DVD Pantai RM30
Caj DVD Harijadi RM30
Jumlah RM110

Anda akan menerima 2 salinan DVD setiap satu tajuk iaitu:

Pantai
Harijadi
Majlis Pertunangan

Perkhidmatan lain:

1- Anda yang mahukan kandungan rakaman diedit dan diletakkan perkataan atau penerangan pada tempat-tempat tertentu, bayaran tambahan RM50 akan dikenakan setiap pita.

2. Edit bermaksud membuang mana-mana bahagian rakaman yang tidak diperlukan.

Tiada sebarang bayaran lain dikenakan kepada anda utuk kami menghantar kembali pesanan anda setelah ianya siap.

Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan alamat penghantaran, sila email kepada kami:
creativedigital.my@gmail.com

atau sms ke 019-2004328
sertakan nama, alamat serta alamat email

3 comments:

h4ni3 said...

wowww.. interesting. kat rumah saya dulu byk tape VHS. tak sure mak saya still simpan or dah buang. kalau ada video yg nak diselamatkan nnt, saya contact ye. Good job!! :)

creative digital said...

hani3- ok, kalau dah jumpa video2 tu, silahlah hantar ke sni ye...

Miss Mus said...

mmg interesting.. still ade ke perkhidmatan ni.. lau ade, leh la sy antar.. ade beberapa pita kenangan baru jumpa baru2 ni time kemas rumah..