Pengumunan

Kepada anda yang gagal untuk akses blog ondscene, sila tukar kepada http://ondscene.blogspot.com/ atau http://ondscene.my
Terima kasih.

Wednesday, October 28, 2009

20 Tahun Lalu...


Video perkahwinan ini dirakamkan pada 28 Mei, 1989 iaitu 20 tahun lalu.


(Ini kulit album DVD yang saya rekabentuk di mana foto-foto adalah saya capture dari video tersebut dan diedit semula)

Pasangan Mohamad Yusof Abdul Rahman dan Julia Osman, kini kekal bahagia bersama anak-anak kesayangan.



Majlis diadakan di AU5-c Lembah Keramat Kuala Lumpur

Walaupun video ini banyak mengalami kerosakan seperti 'scratch' tetapi ia masih boleh dilihat.

Note: Untuk blog ini, semua fail video ,saya reducekan saiz/file dari .avi/mpg kepada MP4 untuk menjimatkan ruang storan/upload.Kualiti sebenar setelah ditukar kepada DVD, adalah lebih baik dari yang dipaparkan disini.

Tuesday, October 20, 2009

Bacaan Puisi Hari Kebangsaan 1998

Bukan senang mendapat penghargaan membaca puisi di khalayak ramai di Sambutan Hari Kebangsaan.

Bagi Nagarajan Suppiah, kenangan membaca puisi bersama dua lagi pembaca puisi di Dataran Merdeka pada sambutan Hari Kebangsaan ke 42 pada 31 Ogos 1998, amat besar maknanya.

Nagarajan atau Roy merakamkan saat ini menggunakan tape VHS yang disiarkan secara langsung melalui TV3.

Dan setelah 11 tahun, dia menemui semula rakaman ini tersimpan di dalam stor rumahnya dan meminta saya menukarkannya kepada DVD.

Beberapa rakaman di dalam VHS tersebut ada kesan 'scratch' dan ada yang telah rosak visualnya.

Agar ia tidak menjadi lebih rosak, saya menukarkannya kepada DVD untuk simpanannya.

Friday, October 16, 2009

Banyak Lagi Perkhidmatan Akan Dilancarkan

Saya menerima banyak SMS bertanyakan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan ini.

Satu soalan yang memang dijangka ialah mengenai beberapa lagi format video yang telah tiada lagi di pasaran /atau ditamatkan riwayatnya hendak ditukarkan formatnya.

Untuk makluman, sebenarnya bukan sahaja VHS, kami juga sedikit masa lagi akan menawarkan banyak lagi perkhidmatan menukarkan kepada DVD beberapa lagi format video.

Mungkin anda masih lagi menyimpan pita dalam format berikut:

Video-8

Hi-8

Digital-8
S-VHS


VHS-C

Super VHS-C
Betamax
U-Matic
dan beberapa format lagi yang kurang popular suatu masa dulu.
Untuk itu, kepada anda yang mempunyai koleksi pita selain dari VHS, sila email., komen atau SMS pada kami untuk kami mendapat maklumbalas.
Bagaimanapun, dari SMS diterima, kebanyakan anda bertanya mengenai VHS-C dan Hi-8.
Artikel seterusnya di dalam blog ini juga akan menerangkan mengenai pita-pita lama itu dan mengapa dan bila ia ditamatkan riwayatnya.
Kepada anda yang memiliki pita-pita tersebut, jangan risau, kami akan mewarnakan semula kehidupan silam anda...!!!

Thursday, October 15, 2009

Video Kahwin-15 Tahun Lalu

Video perkahwinan ini dirakamkan 15 tahun lalu, iaitu pada 20 Ogos, 1994

Halim dan Lini, kini bahagia bersama 4 cahayamata.

Kandungan video ini banyak bahagian telah scratch menyebabkan mempunyai banyak 'noise-line'. Bagaimanapun, audionya masih ok.

'Supering' atau tajuk/nama tempat saya letakkan kemudian sebagai contoh kepada anda.

Ini merupakan satu-satunya salinan video yang pasangan ini ada dan ketika berkemas rumah, mereka menemui semula video yang sebenarnya hampir dilupakan kewujudannya.

Yang pasti, anak-anak pasti terkejut melihat ayah dan ibu yang jauh berbeza fizikalnya sekarang...!!!

Anda boleh melawat blog pasangan ini di:

http://brandedgallery.blogspot.com/

Pita VHS-Sebelum Buang, Hantar Sini Dulu!

Caj Perkhidmatan dan Penerangan

Caj berdasarkah jumlah pita yang dihantar tanpa mengambil kira jangkamasa rakaman untuk satu pita.

1 pita VHS - RM40

Sila tambah RM10 untuk setiap penghantaran

Contoh:
Jika anda menghantar 1 pita
1 pita RM40
Tambahan RM10
Jumlah RM50

Jika menghantar 3 pita
3 pita x RM40 RM120
Tambahan RM 10
Jumlah RM130

Bayaran boleh dibuat melalui samada:

Akaun bank:
Creative Digital Media,
Eonbank Berhad
No Akaun : 0682110000837

atau

cek atas nama Creative Digital Media

atau

wang pos, postal order.

Jangan hantar wang tunai.

1-Sila fotostat slip pembayaran bank dan hantar bersekali dengan bungkusan pita. Anda boleh menggunakan apa-apa perkhidmatan kurier seperti Pos Laju.

2-Sila sertakan sekali Nama dan Alamat Penuh , no telefon atau email anda supaya mudah untuk kami menghubungi dan penghantaran kembali.

3-Anda diminta menulis ringkasan kandungan setiap pita dan tajuk yang anda kehendaki untuk kami reka semula.

Kemudian, apa yang berlaku?

1.Sebaik menerima bungkusan anda, pengesahan penerimaan akan dimaklumkan kepada anda samada melalui sms, email atau di dalam blog ini.

2. Proses penukaran format dilakukan dan anda akan menerima kembali pita dan salinan dalam bentuk DVD dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan bungkusan.

3. Anda akan menerima 2 salinan DVD di dalam 2 'casing' berlainan bersaiz 13cm x 18cm untuk setiap pita.

4. Setiap 'casing', kami akan membuat grafik atau 'kulit album' secara percuma untuk anda bersesuaian dengan kehendak atau tajuk yang anda berikan.

5. Kami tidak akan memotong atau edit sebarang rakaman yang anda hantar.

6. Untuk pita yang mempunyai fungus @ kulat, kami akan 'mencucinya' secara percuma dan sedaya upaya akan mendapatkan kembali rakaman atau sebahagian rakaman yang dapat diselamatkan di dalam pita itu untuk ditukar kepada DVD.

7.Pita yang rosak keseluruhannya dan tiada kemungkinan untuk dibaiki lagi, akan dikembalikan termasuk wang RM40 setiap pita.

8. Anda boleh juga menghantar pita yang telah terputus untuk kami baiki semula, dengan syarat, kandungan pita itu masih berada di dalam 'casingnya'. Kami akan cuba menyelamatkan mana-mana kandungan yang masih boleh dimain semula.

9.Sila maklumkan kepada kami jika anda tidak menghendaki lagi pita VHS yang telah ditukar format itu supaya kami akan hanya menghantar salinan DVD kepada anda.

10-Sebagai penghargaan anda menggunakan perkhidmatan kami, dengan izin, mana-mana sebahagian kandungan rakaman akan disiarkan di dalam blog ini.

11- Jika di dalam pita VHS anda,contohnya ada 3 kandungan rakaman berbeza, dan anda mahukan ia dijadikan sebagai 3 salinan DVD yang berbeza, tambahan RM30 setiap salinan akan dikenakan

Contoh:
Anda menghantar 1 pita mengandungi 3 lokasi rakaman berbeza seperti Pantai, Harijadi dan Majlis Pertunangan dan anda mahukan 3 salinan DVD berbeza.

Pecahan bayaran seperti berikut:

1 pita VHS RM40
Caj tambahan RM10
Caj DVD Pantai RM30
Caj DVD Harijadi RM30
Jumlah RM110

Anda akan menerima 2 salinan DVD setiap satu tajuk iaitu:

Pantai
Harijadi
Majlis Pertunangan

Perkhidmatan lain:

1- Anda yang mahukan kandungan rakaman diedit dan diletakkan perkataan atau penerangan pada tempat-tempat tertentu, bayaran tambahan RM50 akan dikenakan setiap pita.

2. Edit bermaksud membuang mana-mana bahagian rakaman yang tidak diperlukan.

Tiada sebarang bayaran lain dikenakan kepada anda utuk kami menghantar kembali pesanan anda setelah ianya siap.

Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut dan alamat penghantaran, sila email kepada kami:
creativedigital.my@gmail.com

atau sms ke 019-2004328
sertakan nama, alamat serta alamat email

Wednesday, October 14, 2009

Pita VHS - Jangan Buang!!!

Ramai yang menganggap, pita VHS yang kini sudah dikira 'berkubur', sepatutnya dibuang sahaja.

Selain dari saiznya yang besar, tidak ramai yang masih memiliki alat pemain pita VHS itu.
Pita VHS yang anda simpan sekian lama, mungkin mengandungi:
- rakaman video perkahwinan anda 25 tahun lalu

- percutian anda sekeluarga

- majlis harijadi anak anda yang kini telahpun berusia 20 tahun

- jamuan tahunan syarikat anda bekerja yang mungkin syarikat itu kini dah tak wujud lagi...

dan banyak lagi...

ATAU
mungkin pita VHS anda itu telah berkulat @ fungus, dan 'menakutkan' anda untuk anda memainkannya semula...

ATAU
ada juga pita itu yang telah putus menyebabkan anda tidak dapat lagi untuk menontonnya...

Untuk itu, Creative Digital Media menawarkan perkhidmatan unik kepada anda dengan kadar bayaran tertentu bagi menukarkan fomat VHS kepada DVD.

Tapi, bukan hanya sekadar menukar format itu, kerana ada beberapa nilai tambah yang akan anda dapat bila menggunakan perkhidmatan ini.
Kami bukan hanya sekadar menyalin - setiap rakaman akan diberi kotak baru, kulit album dan tajuk rakaman - semuanya percuma, beserta dua salinan untuk setiap pita VHS.
Dengan bayaran yang anda mampu, kami akan edit rakaman anda samada untuk membuang bahagian yang tidak perlu, meletakkan tajuk atau apa sahaja tulisan yang mahu anda letakkan.
Bagi pita yang telah ada kulat @ fungus, berikan kepada kami, dan kami akan cuba untuk menyahkan fungus dan menyelamatkan mana-mana rakaman yang masih boleh dibaca/ditayangkan untuk ditukar kepada DVD.
Jika kami gagal menyahkannya, mungkin kerana kerosakan yang kronik pita dan wang anda akan dikembalikan!!!
Pita yang telah putus, kami akan menyambungnya kembali dan tukar kepada format DVD.

Creative Digital Media


Salam

Selamat meneroka warna-warna kehidupan anda - dulu, kini dan selamanya.

Blog ini diwujudkan khusus untuk memberikan beberapa perkhidmatan dan perkongsian ilmu, maklumat serta tips dan panduan disamping idea-idea kreatif , inovatif dalam dunia videography.

Selamat mewarna...!!!