
Saya menerima banyak SMS bertanyakan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan ini.
Satu soalan yang memang dijangka ialah mengenai beberapa lagi format video yang telah tiada lagi di pasaran /atau ditamatkan riwayatnya hendak ditukarkan formatnya.
Untuk makluman, sebenarnya bukan sahaja VHS, kami juga sedikit masa lagi akan menawarkan banyak lagi perkhidmatan menukarkan kepada DVD beberapa lagi format video.
Mungkin anda masih lagi menyimpan pita dalam format berikut:
Video-8
Hi-8
Digital-8
S-VHS

VHS-C
Super VHS-C

Betamax

U-Matic
dan beberapa format lagi yang kurang popular suatu masa dulu.
Untuk itu, kepada anda yang mempunyai koleksi pita selain dari VHS, sila email., komen atau SMS pada kami untuk kami mendapat maklumbalas.
Bagaimanapun, dari SMS diterima, kebanyakan anda bertanya mengenai VHS-C dan Hi-8.
Artikel seterusnya di dalam blog ini juga akan menerangkan mengenai pita-pita lama itu dan mengapa dan bila ia ditamatkan riwayatnya.
Kepada anda yang memiliki pita-pita tersebut, jangan risau, kami akan mewarnakan semula kehidupan silam anda...!!!
No comments:
Post a Comment