Pengumunan

Kepada anda yang gagal untuk akses blog ondscene, sila tukar kepada http://ondscene.blogspot.com/ atau http://ondscene.my
Terima kasih.

Wednesday, October 14, 2009

Pita VHS - Jangan Buang!!!

Ramai yang menganggap, pita VHS yang kini sudah dikira 'berkubur', sepatutnya dibuang sahaja.

Selain dari saiznya yang besar, tidak ramai yang masih memiliki alat pemain pita VHS itu.
Pita VHS yang anda simpan sekian lama, mungkin mengandungi:
- rakaman video perkahwinan anda 25 tahun lalu

- percutian anda sekeluarga

- majlis harijadi anak anda yang kini telahpun berusia 20 tahun

- jamuan tahunan syarikat anda bekerja yang mungkin syarikat itu kini dah tak wujud lagi...

dan banyak lagi...

ATAU
mungkin pita VHS anda itu telah berkulat @ fungus, dan 'menakutkan' anda untuk anda memainkannya semula...

ATAU
ada juga pita itu yang telah putus menyebabkan anda tidak dapat lagi untuk menontonnya...

Untuk itu, Creative Digital Media menawarkan perkhidmatan unik kepada anda dengan kadar bayaran tertentu bagi menukarkan fomat VHS kepada DVD.

Tapi, bukan hanya sekadar menukar format itu, kerana ada beberapa nilai tambah yang akan anda dapat bila menggunakan perkhidmatan ini.
Kami bukan hanya sekadar menyalin - setiap rakaman akan diberi kotak baru, kulit album dan tajuk rakaman - semuanya percuma, beserta dua salinan untuk setiap pita VHS.
Dengan bayaran yang anda mampu, kami akan edit rakaman anda samada untuk membuang bahagian yang tidak perlu, meletakkan tajuk atau apa sahaja tulisan yang mahu anda letakkan.
Bagi pita yang telah ada kulat @ fungus, berikan kepada kami, dan kami akan cuba untuk menyahkan fungus dan menyelamatkan mana-mana rakaman yang masih boleh dibaca/ditayangkan untuk ditukar kepada DVD.
Jika kami gagal menyahkannya, mungkin kerana kerosakan yang kronik pita dan wang anda akan dikembalikan!!!
Pita yang telah putus, kami akan menyambungnya kembali dan tukar kepada format DVD.

No comments: