Pengumunan

Kepada anda yang gagal untuk akses blog ondscene, sila tukar kepada http://ondscene.blogspot.com/ atau http://ondscene.my
Terima kasih.

Tuesday, October 20, 2009

Bacaan Puisi Hari Kebangsaan 1998

Bukan senang mendapat penghargaan membaca puisi di khalayak ramai di Sambutan Hari Kebangsaan.

Bagi Nagarajan Suppiah, kenangan membaca puisi bersama dua lagi pembaca puisi di Dataran Merdeka pada sambutan Hari Kebangsaan ke 42 pada 31 Ogos 1998, amat besar maknanya.

Nagarajan atau Roy merakamkan saat ini menggunakan tape VHS yang disiarkan secara langsung melalui TV3.

Dan setelah 11 tahun, dia menemui semula rakaman ini tersimpan di dalam stor rumahnya dan meminta saya menukarkannya kepada DVD.

Beberapa rakaman di dalam VHS tersebut ada kesan 'scratch' dan ada yang telah rosak visualnya.

Agar ia tidak menjadi lebih rosak, saya menukarkannya kepada DVD untuk simpanannya.

No comments: